Pasangan Suami Istri Dianggap Berzina Sepanjang Pernikahannya Jika???
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 9.
Ada
dua pendapat tentang menikahi wanita hamil diluar nikah, ada pendapat yang
membolehkan, ada yang mengharamkannya. Adapun yang membolehkan tetap dengan
aturan-aturan yang wajib dipahami.
Ini
pendapat yang mengharamkan nikah saat wanita sedang hamil :
Perkahwinan
seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih
jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat
cepat dikahwinkan.
Berdasarkan
kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam
zina sampai bila-bila… Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di
mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Pasangan
suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika…
Soalan
1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin
didapati hamil anak luar nikah?
Gadis
itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan
2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu,
bolehkah mereka bernikah?
Tidak.
Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan
3 : Adakah pernikahannya itu sah sekiranya mereka berkawin?
Tidak.
Pernikahannya itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang
wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung
itu.
Soalan
4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan
keadaan?
Mereka
mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau
sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali
lagi,secara sah.
Soalan
5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka
mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahannya itu tidak sah.
Soalan
6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan
pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada
ayahnya.
Soalan
7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut,
adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Ya.
Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan
8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan
Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Mereka
mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu
kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan
9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu
memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Anda
wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya.
Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak
semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang
tidak sah taraf.
Kesimpulannya:
Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang
tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan
perkahwinan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada
menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…
Tolong
jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami
dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya:
Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian
alam…
Sumber
: (akhwatmuslimahindonesia)
Tidak ada komentar
Posting Komentar